klpost

Zamihan direman dua hari

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Petaling Jaya
– Presiden Pertubuhan Sunni Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zain direman selama dua hari bagi membantu siasatan polis berhubung dakwaan mengkritik  Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam kuliah agama pada Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan Zamihan direman sehingga Jumaat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pada Rabu bahawa laporan polis dibuat terhadap Zamihan dan beliau akan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Wan Ahmad Najmuddin kemudiannya mengesahkan Zamihan ditahan pada petang Rabu di ibu pejabat Polis Dang Wangi.

Dalam video terbabit, Zamihan juga didakwa membuat kenyataan perkauman tentang masyarakat Cina.