klpost

Zakiah Anas akhiri zaman bujangnya

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Hari ini 12.12.12 ramai yang buat majlis nikah kahwin sebab nak abadikan pada tarikh cantik ni, Zakiah Anas selebriti tv3 dan bekas pengacara 999 pun mendirikan rumahtangga pada tarikh 12.12.12.

Melalui blog Mazidulakmal.com Zakiah Anas  dinikahkan pada 11.35 pagi tadi dengan sekali lafaz saja dengan pasangannya Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42 tahun.

Azmi pernah menuntut dalam jurusan yang sama dengan Zakiah dalam Pelancongan dan Pengurusan Hotel.

Mereka telah berkawan dan mengenali antara satu sama lain sejak 17 tahun yang lalu.

“Kami berjumpa kira-kira dua puluh satu tahun lalu sewaktu belajar di UiTM.

Keluar kali pertama dengan Azmi secara berkumpulan, menyaksikan konsert kumpulan dari Indonesia, Gigi di Live Center, Kuala Lumpur. Selepas itu terus tidak bertemu lagi sebab dia melanjutkan pelajaran ke Jepun.”

Gambar Zakiah Anas yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini 12.12.12