klpost

Wayne Rooney kembali beraksi – Man Utd kembali teguh

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

MANCHESTER – Kem Manchester United menerima berita baik apabila penyerang, Wayne Rooney disahkan kembali beraksi pada pertemuan menentang Tottenham Hotspur (Spurs) dalam aksi Liga Perdana England di Old Trafford awal pagi esok.

Begitupun, berita baik itu masih belum mampu untuk mengubati keresahan pengurus United, Alex Ferguson ekoran kepincangan benteng pertahanan The Red Devils.

Ini kerana, dua tonggak pertahanan United, Rio Ferdinand dan Jonny Evans masih dibelenggu masalah kecederaan.

Terbaharu, kapten United, Nemanja Vidic menyertai Chris Smalling dan Phil Jones dalam senarai pemain yang mengalamai kecederaan apabila dia bakal disisihkan selama lapan bulan kerana menjalani pembedahan lutut.

Ketika ini, pengendali veteran itu hanya memiliki dua pemain senior – Ferdinand dan Evans yang dilihat masih belum mempamerkan aksi menyakinkan.

Situasi itu jelas meresahkan Ferguson dalam membarisan skuad terbaik baik menghadapi Spurs nanti.

Jika terdesak, Ferguson tidak memiliki pilihan lain kecuali menyenaraikan pemain muda, Michael Keane dan Scott Wootto pada aksi tersebut.

Dua pemain muda itu mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu United menewaskan Newcastle United 2-1 pada aksi Piala Liga, Rabu lalu.

Bagi perancang muda United, Tom Cleverley yang menjaringkan gol sulungnya ketika menewaskan Newcastle, berazam membantu The Red Devils meraih tiga mata berharga di laman sendiri.

“Ia sentiasa bermain di fikiran saya (untuk menjaringkan gol) kerana saya selalu menjaringkan gol ketika menjadi pemain pinjaman (Wigan musim lalu).

“Kami tidak begitu bernasib baik apabila kehilangan beberapa pemain utama akibat kecederaan tetapi Rooney sudah kembali,” ujar Cleverley. – AFP