klpost

Warga emas maut di pukul oleh mekanik bujang

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

SERI KEMBANGAN, Jun 21, 2012 – Ejekan bodoh atau gila yang kerap dilemparkan oleh seorang warga emas terhadap anak saudaranya setiap kali bergaduh berakhir dengan mangsa diserang sampai mati di sebuah rumah di Jalan Pasar 8 di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, turut menjadi korban tindakan nekad suspek seorang mekanik berusia 44 tahun ialah isteri warga emas terbabit, seperti dilaporkan dalam KOSMO.

Mayat Lee Yoke Mun, 73, ditemui di dalam bilik air berhampiran dapur manakala mayat isterinya, Lee Kam Lin, 59, ditemui di tepi katil bilik tidur.

Serangan tercetus selepas suspek yang belum berkahwin dipercayai berdendam dengan ejekan bapa saudaranya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, pasangan warga emas dan suspek baru bangun daripada tidur manakala ibu bapa suspek yang berniaga buah-buahan di pasar pagi di kawasan tersebut sudah keluar ke pasar untuk berniaga.

“Tidak diketahui macam mana suspek tiba-tiba menyerang Yoke Mun dengan sebatang paip besi sepanjang dua meter ketika mangsa sedang minum air di dapur.

“Serangan berkenaan menyebabkan Yoke Mun dan suspek bergelut sehingga ke dalam tandas,” kata sumber itu lagi.