klpost

Warga emas dibunuh; tiada siapa sudi menolong

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

GEORGETOWN: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang wanita warga emas di kawasan Rumah Pangsa Rifle Range, Padang Tembak, bulan lalu.

Ooi Kean Leong, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah membunuh Tan Kim Chuan,60, di kawasan meletak motosikal di hadapan Blok J, rumah pangsa itu pada pukul 6.02 pagi 10 Julai.

Majistret B. Sripracha Nanthini menetapkan 2 Okt untuk sebutan semula kes.

Kematian Tan mendapat simpati meluas kerana tiada siapa yang sudi menolong wanita itu apabila dia terjatuh dan cedera di kepala selepas seorang lelaki meragut begnya.