klpost

Wanita tertidur dalam kapal terbang 18 jam

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Pakistan – Seorang wanita Perancis melalui perjalanan selama 18 jam dari Lahore ke Paris dan berpatah balik ke Lahore selepas dia tertidur sepanjang perjalanan sehingga tidak sedar kapal terbang sudah mendarat di Paris.

Wanita itu, Patrice Christine Ahmed, yang bersuamikan seorang lelaki Pakistan, telah berlepas dari Lahore pada tengah hari Selasa untuk ke Paris.

Jurucakap Lapangan Terbang Sultan Hasan memberitahu, wanita itu tidak memaklumkan perkara berkenaan kepada krew penerbangan.

“Perkara itu hanya disedari selepas pegawai Imigresen menyoalnya ketika dia kembali semula ke Lahore pada pagi Rabu,” katanya.

Kejadian itu menyaksikan wanita terbabit melalui perjalanan sejauh 12,000 kilometer.

Sementara itu, Pakistan International Airlines (PIA) telah menjalankan siasatan bagaimana krew penerbangan gagal mengejutkan wanita berkenaan ketika pesawat tersebut berhenti selama dua jam di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris.

Jelas PIA, pihaknya telah menyoal syarikat penerbangan Perancis itu namun penumpang juga bertanggungjawab untuk memastikan mereka sampai ke destinasi masing-masing.

“Ia adalah tanggungjawab penumpang sendiri,” katanya.

PIA kemudiannya berjaya mengatur penerbangan bagi menghantar wanita tersebut pulang ke Paris dengan menggunakan pesawat syarikat penerbangan lain.

Ini kerana, semua penerbangan syarikat itu tidak ada yang kosong, bagaimanapun penumpang yang didapati cuai perlu membayar kos untuk tiket tambang tersebut.

“Ia bergantung kepada siapa yang bersalah. Jika ia dilakukan oleh syarikat penerbangan maka syarikat itu perlu menanggungnya namun jika wanita itu yang bersalah, dia perlu membayar,” katanya. – MyNewsHub