klpost

Wanita terjun dari kereta – pipi lebam ditumbuk suami

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

Sibu: Seorang wanita cedera selepas terjun dari kereta dipandu suaminya di Jalan Hua Kew, di sini, semalam kerana bergaduh.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, wanita berusia lewat 30-an cedera di dahi kiri akibat terhentak di jalan raya. Pipi kanan mangsa turut lebam selepas ditumbuk suaminya yang juga berusia lewat 30-an ketika mereka bertengkar di dalam kereta.

Dia yang terbaring di atas jalan diselamatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu. Suaminya turut menghentikan kenderaan dan cuba memujuk namun wanita itu enggan mengikutnya.
Laporan polis 

Wanita itu menghubungi saudaranya yang kemudian membawanya ke Balai Polis Sentral untuk membuat laporan.

Mangsa yang ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini semalam berkata dia nekad terjun dari kenderaan yang sedang bergerak kerana tidak tahan dipukul suaminya.

“Saya dipukul hanya kerana minta wang perbelanjaan lebih sikit untuk menampung keperluan harian keluarga,”katanya. – BH

(Gambar hanya hiasan)