klpost4

Wanita tergelincir dan terjunam 19 tingkat

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

GEORGETOWN  –  Seorang wanita ditemui mati berlumuran darah dipercayai terjatuh dari tingkat 19 Pangsapuri Sri Wangsa, Lorong Perak di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mayat Tan Lee Kean, 39, ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring berhampiran tempat letak motosikal di bawah pangsapuri berkenaan.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa dikatakan baru sahaja pulang ke rumah selepas keluar makan malam bersama suaminya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau mengesah kejadian berkenaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan tidak melibatkan unsur jenayah.