Thursday , 28 August 2014

Wanita Myanmar dibelasah bapak ayam jadi pelacur terbongkar

Klip-Bapak-Ayam-Belasah-Wanita-Myanmar-Jadi-Pelacur-Di-Malaysia-565x321Pihak yang memuat naik video klip itu mendakwa kejadian berlaku di Malaysia.

Rasanya ia melibatkan wanita dan lelaki Myanmar.

Pada mulanya, penulis ingat bapak ayam sedang belasah wanita untuk memaksa mereka menjadi pelacur.

Namun, kalau melihat kepada penjelasan yang dibuat pemilik klip di Youtube, kumpulan lelaki berkenaan membelasah para wanita itu kerana mereka tidak menjaga maruah diri!

Terbalik pulak.

Kumpulan lelaki Myanmar itu marah kepada wanita-wanita berkenaan sanggup melakukan perbuatan seperti menyerahkan dara mereka untuk sebuah telefon bimbit murah.

Pada mereka, kalau mahu berkelakuan seperti pelacur, tak perlu datang negara orang, boleh buat di negara sendiri.

Itu adalah penjelasan yang diberikan di laman Youtube berkenaan, hakikat sebenar kejadian tak tahulah. – Maklumat.my


Scroll To Top