klpost

Wanita mati didalam bilik hotel bajet

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

JOHOR BAHRU — Seorang wanita ditemui mati dipercayai akibat diserang angin ahmar di sebuah hotel bajet di Taman Skudai Baru, di sini, semalam.

Mayat wanita berumur 28 tahun itu ditemui di atas lantai di tepi katil pada pukul 2.30 petang oleh seorang pekerja hotel itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Supt. Beh Eng Lai berkata, wanita yang berasal dari Skudai dan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah di kawasan itu mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada Isnin lepas.

“Tiada kecederaan pada tubuh wanita itu dan siasatan kini menjurus kepada tujuan dia menginap di hotel itu,” katanya sambil memberitahu wanita itu adalah seorang janda dan mempunyai dua anak.— BERNAMA