klpost

Wanita didakwa beri sokongan kepada kumpulan pengganas

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Seorang jurutera sokongan teknikal di sebuah kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Deash menggunakan aplikasi media sosial.

Irma Julyanti Buang, 32, didakwa dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas dengan cara menggunakan aplikasi media sosial, Google+ atas nama Celestica-Irma Julyanti Binti Buang miliknya di bilik kejuruteraan di Kilang Celestica (AMS), Jalan Seelong, Johor Bahru, Johor pada Januari 2016 hingga 20 April 2017.

Ibu kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menetapkan 29 Nov untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama