klpost2

Wanita bukan tolol, ditaktikkan ‘Benang’ bersama 3 pembantu lelaki

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SUBANG JAYA  –  Seorang wanita berusia 40-an dianggap penyamun profesional apabila memiliki kepakaran membuka mesin tambah nilai kad prabayar telefon bimbit dengan hanya menggunakan benang.

Dia dibantu tiga lelaki disyaki terbabit dengan sekurang-kurangnya empat kes mencuri wang tunai dan kad prabayar telefon bimbit di sekitar Lembah Klang yang nilai keseluruhannya dianggarkan lebih RM150,000, sejak November lalu.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian terbaru di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira jam 4 pagi Selasa lalu, wanita terbabit bersama tiga pembantunya sekali lagi melarikan kad prabayar telefon bimbit dan wang tunai daripada mesin tambah nilai dianggarkan bernilai lebih RM40,000.

Sumber polis berkata, berbeza dengan tiga kes sebelum ini, dalam kejadian terbaru Selasa lalu, suspek bertindak lebih drastik apabila turut melarikan mesin kad tambah nilai berkenaan.

Menurutnya, selain berkemahiran membuka mesin kad tambah nilai telefon bimbit, suspek licik memperdaya pengawal keselamatan dengan menyamar sebagai juruteknik syarikat mesin berkenaan.