10/09/2014 - Network
Sunday , 21 September 2014

Wanita buka seluar buang air,ditengah jalan raya- kecoh

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

KUALA KANGSAR  -  Enam lelaki terpaksa bergelut dengan seorang wanita yang tiba-tiba mengamuk sebelum cuba menyerang orang ramai menggunakan payung besi dan pemutar skru.

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, wanita berusia 50-an itu dikatakan mula meracau dan ‘naik angin’ apabila kereta dipandunya mengalami kerosakan di tengah-tengah jalan raya berhampiran Jalan Kuala Kangsar ke Taiping, di sini.
Saksi kejadian, Mohd Izudin Alwi, 30, berkata, kereta dipandu wanita itu tiba-tiba berhenti di tengah jalan menyebabkan kesesakan di laluan berkenaan. Menurutnya, wanita tempatan itu yang memakai kemeja-T jingga kemudian keluar dari kereta Proton Iswara dinaiki sebelum tiba-tiba membuka seluar dan membuang air kecil di tengah jalan.

“Saya terkejut dan tidak percaya dengan tindakan wanita itu. Malah, beberapa pengguna jalan raya turut berhenti kerana terkejut dengan perbuatan wanita itu.
“Beberapa orang awam yang cuba menegah dan menghalang perbuatan wanita itu bagaimanapun terkejut apabila wanita terbabit mengeluarkan payung dan pemutar skru sebelum cuba memukul orang ramai yang mendekatinya,” katanya.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila ada orang awam cuba memujuk wanita itu menyerahkan kunci kereta bagi membolehkan kenderaan yang rosak itu dialihkan ke pinggir jalan.

Malah, wanita itu turut menjerit dan memaki hamun orang awam yang cuba memujuk dan menghampirinya sambil dia mengganggu pengguna jalan raya lain.
“Sikap aneh wanita itu menyebabkan orang ramai terpaksa menghubungi polis di Balai Polis Kuala Kangsar bagi menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.

“Beberapa anggota polis dibantu orang awam kemudian terpaksa bergelut dengan wanita itu sebelum dapat menahan dan mententeramkan wanita terbabit. Dia kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya.
, Sementara itu, suami mangsa yang enggan dikenali berkata, isterinya itu mengalami masalah sakit jiwa sejak hampir 10 tahun lalu.  - SH

 

Scroll To Top