klpost

‘Wang orang mati’ ugutan bagi Timbalan Menteri

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

PUTRAJAYA 12 Sept. – Timbalan Menteri, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong hari ini membuat laporan polis mendakwa diugut dengan empat keping ‘wang kertas orang mati’ bernilai ’32 bilion’ bersama keratan akhbar berbahasa Cina.

Beliau yang juga Ketua Biro Profesional Muda MCA berkata, keratan akhbar itu berkaitan cabaran berdebat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu penyelesaian hutang membabitkan Syarikat Talam Corporation Bhd. (Talam).

“Saya percaya wang kertas orang mati adalah satu cara ugutan atau amaran kepada saya supaya tidak meneruskan niat untuk berdebat dengan Menteri Besar Selangor berhubung isu Talam. – Utusan