klpost

VISA Umrah disalah guna oleh rakyat Malaysia

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SEPANG – Gara-gara nak ambil jalan mudah, seramai 250 rakyat Malaysia yang menyalahgunakan visa di Arab Saudi telah dihantar pulang ke tanah air secara berperingkat-peringkat sejak awal bulan ini termasuk kumpulan terakhir seramai 13 orang hari ini.

Kesemua yang terlibat menggunakan visa yang disediakan oleh agensi pelancongan Destinasiasia Travel Sdn. Bhd. yang mendedahkan kes tersebut dan mereka dipercayai melakukan tiga kesalahan iaitu tinggal lebih tempoh, ingin melakukan ibadat haji dan ingin belajar sekolah pondok di Mekah selama lima tahun.

Bagaimanapun cubaan mereka dikesan dengan bantuan kerajaan Arab Saudi dan juga muasasah yang dilantik.

Pengurus Destinasiasia Travel Sdn. Bhd., Mohd. Norzi Md. Ghazali berkata, kesemua mereka antara 300 rakyat negara ini yang memperoleh visa menerusi pakej umrah ditawarkan syarikat itu dan berlepas ke Arab Saudi secara berperingkat sejak Julai lalu. – WartaRakyat