klpost

Video: Operator dron selamatkan budak dari dibaham jerung

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 


Satu rakaman tular menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berenang di perairan tenang di Bahamas sebelum dikelilingi sekumpulan jerung tersebar.

Video berdurasi 32 saat itu dirakamkan menggunakan sebuah dron, menyaksikan kanak-kanak lelaki itu berlari ke dalam permukaan air cetek pantai tersebut untuk berenang.

Sejurus masuk ke dalam air, empat ekor ikan jerung mula menghampiri kanak-kanak tersebut dan seekor daripada jerung tersebut hanya berada beberapa meter sahaja daripadanya.

Kanak-kanak tersebut, yang tidak menyedari akan perkara itu, dilihat berlari naik ke pantai, selepas operator dron tersebut, Artem Tkachenko menjerit dan mengarahkannya untuk keluar daripada air itu.

Tkachenko, yang sedang melancarkan dron miliknya bagi mendapat pemandangan menakjubkan kawasan laut Bahamas daripada udara nyata terkejut apabila merakam sekumpulan jerung mendekati kanak-kanak tersebut.

“Mujurlah dia mendengar jeritan saya,’’ kata Artem.

Jerung-jerung tersebut tidak dapat dilihat kanak-kanak itu dari pantai oleh kerana mereka berada dekat dengan dasar laut.

Kejadian mengerikan jerung membaham manusia bukanlah pertama kali berlaku apabila baru-baru ini seorang wanita telah diserang jerung ketika sedang terapung selepas melakukan aktiviti menyelam.

Kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana kebetulan Tkachenko sedang melancarkan dronnya di kawasan sama.

Jikalau operator dron tersebut itu tidak berada di situ, kanak-kanak itu pasti menjadi ‘santapan’ sekumpulan jerung tersebut.

Saksikan video rakaman dron tersebut yang dikongsi Tkachenko sendiri di Youtube. – Mynewshub