klpost

Van Persie selamatkan Manchester United

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

ROBIN van Persie menjadi penyelamat Manchester United (MU) daripada diaibkan oleh Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), yang bermula bulan lalu.

Tiga jaringan oleh van Persie pada minit ke-23, 87 dan 90 membantu MU mengelak kekalahan kedua dalam saingan musim terbaru.

Daripada tiga perlawanan setakat ini, MU kalah sekali dan menang dua kali, dan kini menduduki tangga kelima dengan enam mata.

Bagaimanapun van Persie terlepas tendangan penalti pada minit ke-68 ketika MU ketinggalan 2-1.

Southampton mendahului MU dua kali iaitu pada minit ke-16 dan 55, masing-masing menerusi jaringan Rickie Lambert dan Morgan Schneiderlin.

Dalam satu lagi perlawanan, Newcastle dan Aston Villa seri 1-1. Gol Newcastle dijaringkan oleh Hatem Ben Arfa manakala Aston memperoleh gol menerusi Ciaran Clark. – SH