klpost

“Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.” celah Abby Abadi

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Penulis mendapat maklumat bahawa pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama.

Turut kelihatan hadir sama dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak.

Umum mengetahui setiap ceramah Ustaz Azhar Idrus pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali berjaya menawan perhatian hadirin dengan menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.

Namun kali ini lain pula jadinya tatkala Abby Abadi seolah-olah menggelupur malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri.

Bermula apabila Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama kepada umum.

UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan itu.

Selain itu, antara jawapan UAI adalah;

“Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah; mulakan perjalanan.Nombor satu kita kena jaga, jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah. Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata UAI.

Sebelum habis memberikan jawapan, Abby bersuara mencelah mesej yang cuba disampaikan oleh UAI.

“Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.” celah Abby Abadi.

Turut menjadi persoalan juga, mengapa perlu Abby berasa tertuduh dengan kata-kata UAI itu. Sedangkan secara jelas UAI menyatakan secara umum dan tidak menyebut mana-mana individu.

Berbalik kepada kata-kata orang-orang tua, ‘siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya’.

Dalam pada itu, Abby kelihatan malu sebentar atas nasihat UAI tersebut yang tidak semena-mena seakan kena ‘tepat di batang hidung’ hinggakan dia bertindak spontan menjerit-jerit cover line semasa berada atas pentas ceramah.

Bagi yang sudah biasa mendengar dan menghadiri ceramah UAI, pasti tahu cara UAI, yakni lebih ‘direct’ dalam menyampaikan sesuatu mesej.

Sebagai contoh semasa program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu. Zizan tidak melenting dan ‘cool’ serta menerima secara positif akan nasihat UAI.

Namun berbeza dengan situasi ini, sebagai seorang pengantara dan pengacara, Abby Abadi seharusnya tidak cepat melatah dengan jawapan yang disampaikan oleh panel atas soalannya sendiri.

Seolah-olah seperti Abby Abadi tidak fasih akan adab serta cara untuk mengawal diri sebagai sebagai seorang pengacara yang telah mengajukan soalan dengan baik.

Alangkah sempurnanya andai Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif dan hati yang terbuka- liputan dan petikan -MyNewsHub