Tuesday , 21 October 2014

Urut wanita mengandung,memuaskan nafsu seks lelaki “Syaitan”

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

ibu-hamil1 dirogolSegamat – Sikap miang lelaki penjual karipap yang mendakwa boleh mengurut wanita mengandung agar kandungan sihat dan bijak sebelum mencabul mangsanya membawa padah apabila suami wanita berkenaan merakam gambar muka lelaki dan menyiarkannya di laman sosial Facebook.

Tindakan suami mangsa itu bertujuan mengelak kejadian sama berulang selepas isterinya yang mengandung lapan bulan dicabul lelaki berkenaan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ah Moi, 20-an, berkata, kejadian berlaku jam 3.20 petang Jumaat lalu, ketika dia menjaga kedai kopinya di bandar ini apabila didatangi seorang lelaki berusia 30-an, menjual karipap.

“Ketika itu tiada pelanggan dan saya ditemani adik perempuan, Swee Lan, 20-an, yang membantu menguruskan akaun serta menjaga saya yang sarat mengandung lapan bulan anak sulung.

“Penjual karipap itu mendakwa aktiviti sampingannya untuk menambah pendapatan ialah mengurut wanita hamil dan mendakwa anak yang bakal dilahirkan lebih bijak. – Metro

Scroll To Top
banner