klpost

Umno gagal menunjukkan contoh dan sifat Islam

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

MARANG – Dakwaan pemimpin Umno konon DAP akan menguasai negara sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah dengan provokasi perkauman boleh menimbulkan kebencian kaum dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Melayu dan Islam sepatutnya diperkasakan dengan pengetahuan politik, bukannya diperlekehkan melalui media.

Menurutnya, Umno gagal menunjukkan contoh dan sifat Islam sebenar kepada bukan Islam, sebaliknya menonjolkan amalan boleh mencalarkan imej agama suci itu.

“Contoh, tidak adil terhadap semua, rasuah, menggunakan kuasa yang bercelaru, pemimpin yang terlibat segala jenis skandal silih berganti dan skandal digunakan untuk menundukkan pemimpin mengikut contoh politik kaum Yahudi,” katanya.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan itu memperlihatkan Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun melanggar perlembagaan.

Menurutnya, Umno tidak perlu menyalahkan parti lain sekiranya Melayu Bumiputera masih lambat mengejar kejayaan bangsa lain kerana Umno sendiri yang menghilangkan jati diri Melayu Islam di Singapura dan negeri-negeri Melayu di Pantai Barat Semenanjung dan kelemahan Bumiputera Islam di Sabah dan Sarawak kerana merebut jawatan untuk mengaut kekayaan. – Buletin Online