Friday , 18 April 2014

Umno dan Barian Nasional yang telah menjadikan Raja-raja Melayu ‘seolah-olah musuh’

KUALA TERENGGANU – Pengarah Pilihanraya PAS Terenganu, Ariffin Deraman berkata, Umno dan Barisan Nasional tidak berani mengadakan pilihanraya lebih awal kerana parti tersebut dalam keadaan yang lemah dan akan kalah dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Menurut beliau, sebaliknya PAS dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan dengan penyertaan bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan dan rakyat dan berbondong-bondong menyertai setiap program yang diadakan.

“sebab apa Umno kali ni taku sangat (adakan pilihanraya) tentu ada sebab, cuba kita lihat sebagaimana yang dilaporkan, bila datang program BERSIH (3.0) kehadiran sangat ramai termasuk dari kalangan orang bukan Islam,

“bila kami (PAS) mengadakan Himpunan Hijau ke Putrajaya yang diadakan di Kedah, apa tanda ramainya orang, jumlahnya tidak terbilang, tapi tengok derma yang didapati lebih RM400,000,”ujarnya.

Oleh sebab itu kata beliau, Umno telah menjaja pembohongan yang menipu orang-orang kampong dengan mendakwa kononnya sekiranya Umno kalah, kedudukan orang Melayu dan Raja-raja Melayu akan tergugat.

Beliau yang ditemui selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Ceramah Penerangan di Kelab Aya Pulau Duyong Jumaat 6 Julai berkata Umno sanggup membohongi orang Melayu dengan menggunakan nama baik Raja- raja Melayu.

Sedangkan realitinya, kata beliau DAP hanya bertaning 47 daripada 222 kerusi Parlimen.

“Sekiranya DAP menang semua kerusi yang mereka tandingi pun, DAP tidak boleh memerintah kerana 177 kerusi lagi ditandingi oleh PAS dan Parti Keadilan,

“kalau lihat kenyataan PAS sudah memerintah Kelantan lebih 20 tahun, tetapi orang Melayu dan Raja tidak tergugat sedikit pun, begitu juga di Kedah yang diperintah PAS sejak tahun 2008,”jelasnya.

Menurutnya, sewaktu pemerintahan PAS di negeri Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004, hubungan antara Sultan Mizan dengan kerajaan yang dipimpin oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang begitu intim.

Beliau menegaskan, Umno dan Barian Nasional yang telah menjadikan raja-raja Melayu ‘seolah-olah musuh’ sehingga sanggup menghina Raja-raja Melayu ketika menghadapi krisis pada tahun 1993.

“Bahkan semasa Umno memerintah Terengganu sejak tahun 2004 banyak peristiwa yang membuktikan Umno adalah parti yang tidak menghormati Sultan Terengganu,”tambahnya.


Scroll To Top