klpost

UMNO, BN perlu elak jadi mangsa politik persepsi pembangkang – Najib

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mengelak daripada melakukan kesilapan dan kelalaian yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu apabila partimenjadi mangsa politik persepsi dan pembohongan pembangkang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN itu berkata pada PRU itu, pembangkang telah memainkan pelbagai berita palsu bagi memburukkan imej BN dan kerajaan di mata rakyat melalui apa yang dinamakannya sebagai ‘perang persepsi’.

“Semua orang tahu UMNO tidak lemah. Malah kita masih menang dan berjaya menambah 79 kepada 88 kerusi Parlimen (pada PRU13). Namun akibat permainan jelek pembangkang, kita telah menjadi mangsa ‘poitik persepsi’.

“Inilah yang dinamakan perang persepsi dan kita hampir tewas akibat permainannya walaupun di sudut realiti dan fakta kita berada di landasan yang betul dan bersungguh-sungguh dalam berjuang, berbanding pembangkang yang penuh dengan sandiwara dan hanya pandai bermain wayang,” katanya,

Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar padaPerhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. – Bernama