klpost2

Ulang tahun tukar menjadi tragedi, RM 2 juta lesap

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PETALING JAYA  –  Seorang ahli kenamaan kerugian hampir RM2 juta apabila pelbagai barang berharga milik beliau dan keluarga dirompak sekumpulan penjenayah yang memecah masuk banglo mewahnya di Seksyen 16 di sini semalam.

Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 7 malam hingga 12 tengah malam tadi ketika mangsa bersama ahli keluarganya keluar menyambut ulang tahun kelahirannya semalam.

Antara barang yang hilang adalah koleksi syiling emas dan wang kertas keluaran khas Bank Negara Malaysia, barangan kemas milik isteri mangsa, peralatan elektronik dan koleksi jam tangan mahal.

Yang turut hilang adalah sepucuk pistol dan 62 butir peluru yang disimpan keluarga itu untuk tujuan keselamatan.

Menurut mangsa yang enggan dikenali itu, ketika kejadian, beliau dan lima ahli keluarga serta seorang pembantu rumah keluar untuk makan malam di sebuah hotel bagi menyambut ulang tahun kelahirannya sejak pukul 7 malam.

Kejadian mungkin berlaku ketika kami sekeluarga tiada di rumah dan suspek memasuki rumah ini dengan memanjat tembok pagar dan mengumpil tingkap dapur.

Kejadian ini hanya disedari sebaik sahaja kami tiba di rumah pukul 12 tengah malam dan mendapati tiga bilik tidur berselerak,” katanya ketika ditemui di kediamannya. – UTUSAN