klpost

Tulang kambing disangka rangka manusia

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kota Baharu
– Polis mengesahkan penemuan enam tulang yang dijumpai berteraburan di Kampung Paya Rambai, Jalan Bayam di sini semalam merupakan tulang seekor kambing.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 malam, seorang wanita berusia 50 tahun mendakwa menemui rangka manusia terdiri daripada serpihan empat tulang belakang, satu tulang peha dan rusuk ditemui kira-kira 15 meter dari rumahnya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasannudin Hassan berkata, sepasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dikerah ke tempat kejadian susulan penemuan tulang berkenaan yang didakwa rangka manusia.

“Pemeriksaan lanjut berhampiran serpihan tulang tidak menjumpai apa-apa senjata.

“Siasatan lanjut yang dijalankan pegawai perubatan forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II mengesahkan enam tulang tersebut dipercayai tulang seekor kambing,” katanya di sini selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Kelantan di sini hari ini. – BH Online