klpost

Tulang gajah purba ditemui

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

fghAPOPA, El Salvador – Sekumpulan pekerja Muzium Sejarah Semula Jadi El Salvador menemui rangka tulang seekor gajah purba di Sungai Tomayate, di sini pada Februari lalu.

Haiwan itu dipercayai pupus kira-kira 12,000 tahun lalu.

Sekumpulan pekerja muzium itu membersihkan tulang-tulang tersebut daripada debu dan tanah.

Tulang-tulang itu ditemui selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di kawasan tersebut.

Beberapa pegawai berkata, pakar-pakar hidupan purba kini meneruskan usaha untuk mencari fosil-fosil kehidupan haiwan lain di kawasan itu. – Agensi / Kosmo