Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar  menjatuhkan hukuman itu selepas Leong Kwang On, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan niat hendak membinasakan rumah milik Cheah Chee Meng, 46, dengan membaling botol berisi minyak petrol sehingga garaj kereta terbakar.

Kesalahan itu di akukan di sebuah rumah, Jalan USJ 6/6, Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10.55 malam, 19 November lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, V. Suloshani mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda. – Utusan