klpost

Tuduhan liar dan fitnah MCA – menggesa isteri Chua Soi Lek supaya menghentikan sikap kejam suaminya

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

GEORGE TOWN – “Suami saya tidak mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangannya dan saya berulang kali menyatakan bahawa saya tidak pernah bergaduh dengan wanita tersebut atau menyerang sesiapa pun berhubung perkara tersebut.”

Demikian penjelasan terbuka Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, berhubung tuduhan liar dan fitnah MCA terhadap dirinya dan suaminya, yang sengaja dibairkan oleh pemimpin parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang penah terpaling dengan skandal video seks dengan wanita yang bukan isterinya.

“Chua Soi Lek…janganlah terlalu kejam. Anda sepatutnya tidak membiarkan atau membenarkan parti anda menyebar dan mencetak penipuan terhadap suami saya mempunyai hubungan rahsia dengan seorang bekas kakitangannya dan saya menyerang beliau – untuk memusnahkan reputasi keluarga dan menjejaskan anak-anak saya.

“Anda mempunyai keluarga juga. Saya pasti bahawa keluarga anda sudah lalui suatu masa yang sukar apabila anda mengaku kepada umum mengenai hubungan sulit dan kemudian meletak jawatan sebagai menteri. Jangan jadikan keluarga lain melalui juga keadaan sama dan tambahan pula tiada kebenaran terhadap penyebaran penipuan tersebut.

“Sebagai seorang wanita, saya ingin menggesa isteri Chua Soi Lek supaya menghentikan sikap kejam suaminya. Beliau mungkin telah memaafkan kekejaman lampau suaminya terhadap dirinya, namun beliau patut menasihati suaminya bahawa semua wanita Malaysia tidak akan memaafkan Chua kerana membenarkan MCA meneruskan kekejaman penipuan sebegini terhadap seorang wanita yang tidak bersalah dan keluarganya,” kata beliau.

Chew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana (Melaka) kecewa kerana Chua Soi Lek, tidak mempedulikan fitnah itu dengan menganggapnya sebagai masalah Guan Eng.

Sedangkan, Chua sendiri membiarkan Pengerusi MCA Melaka, Gan Tian Loo, untuk menyalahgunakan DUN Melaka bagi menyebarkan penipuan bahawa Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangannya dan Chew pula kononnya telah menyerang wanita itu dan Guan Eng.

“Bagaimana ini boleh menjadi masalah suami saya apabila penipuan tersebut disebarkan oleh MCA?

“Sebagai seseorang yang mengetahui kesakitan yang dilalui keluarga dan isteri selepas pita seks Chua dengan dengan seorang wanita didedahkan, saya tidak sangka Chua akan menggunakan taktik sama terhadap pihak lawannya, terutamanya ia adalah satu penipuan.

“Kenapa sehingga kini MCA tidak dapat menunjukkan bukti bahawa saya memukul seseorang? Chua sepatutnya menyatakan dakwaan tersebut atau mengarahkan Gan untuk mengulangi kenyataannya di luar Dewan Undangan Negeri Melaka,” katanya.

Chew sedar bahawa pemimpin MCA penakut dan tidak berani mengulangi fitnah itu di luar DUN kerana tahu penipuan tersebut adalah tidak benar dan sekiranya beliau mengulanginya di luar, Chew dan suaminya akan mendakwanya di mahkamah.

“Gan merupakan seorang penakut yang bersembunyi di sebalik imuniti dewan, mengetahui apa yang dikatakannya di dewan tidak boleh didakwa oleh suami saya dan saya. Saya hanya boleh mendakwa Gan sekiranya beliau menyatakannya di luar Dewan. Gan cuba lari daripada tanggungjawab selepas menfitnah saya dan suami saya. Adakah ini gaya politik MCA?” soal beliau.

Chew mengingatkan Chua bahawa Guan Eng marah dengan fitnah tersebut kerana beliau memang tidak melakukan apa yang dituduh itu serta bimbang keselamatan dan ketenteraman jiwa anak-anak mereka.

“Kami tidak mahu anak-anak kami ke sekolah dan mengalami trauma tersebut secara berulang kali.

“Sebelum ini, terdapat penipuan disebarkan mengenai salah laku seksual terhadap salah seorang anak lelaki saya dan kini berkenaan suami saya pula. Kenapa MCA sanggup menghina diri sendiri dengan menggunakan isu seks untuk mencemarkan suami saya hanya kerana mereka sendiri mempunyai masalah sebegini – mereka fikir orang lain juga sama?

“Suami saya betul, beliau bukanlah Chua Soi Lek. Lagi pun Chua sehingga kini masih tidak memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini bahawa saya tidak berkhidmat untuk kawasan DUN saya dan sepatutnya berkhidmat untuk suami saya.

“Ini satu kenyataan yang dahsyat dan ia membuatkan saya terfikir bagaimana Presiden MCA boleh mengungkapkan kenyataan sebegini yang merendahkan martabat seorang pemimpin wanita dengan tidak memeriksa semula kenyataan berkenaan,” tambah beliau.- Roketkini.com