Thursday , 2 October 2014

Trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan meningkat

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

KUALA LUMPUR – Keadaan trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan meningkat namun masih bergerak lancar kecuali di beberapa laluan di arah utara.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd berkata trafik sesak sebelum Persimpangan Slim River menghala ke Sungkai dan di Plaza Tol Changkat Jering serta di Plaza Tol Taiping.

“Trafik perlahan selepas Terowong Menora menuju ke Kuala Kangsar berikutan hujan di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata trafik juga dilaporkan bergerak perlahan dari Sungai Perak ke Kuala Kangsar.

Sementara itu, twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik masih sesak selepas Plaza Tol Gombak di Km30 ke arah Timur.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya Plus menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik. – Bernama

Scroll To Top
banner