klpost

Tony Fernandes menyindir Dr. Mahathir Mohamad

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Oleh Zainuddin Maidin ( Zamkata )

Dalam jawapan terhadap kecaman mereka dipanggilnya sebagai “Ringht Wing Bloggers” kerana mengecamnya memindahkan pusat operasi Air Asia ke Indonesia, CEOnya Tony Fernandes berkata mereka ini masih terperangkap dalam pandangan kuno yang berbatas dalam dunia yang tidak terbatas.

Mengalu-alukankan syarikat penerbangan baru Malaysia-Indonesia (Malindo) untuk perkongsian lebih 600 juta pengguna ASEAN, beliau mempertahankan pemindahan ke Jakatra itu sebagai keperluan bagi kejayaan perancangan masa depan AirAsia sesuai dengan pertumbuhan pengguna ASEAN.

Katanya “kami meletakkan Malaysia pada peta dunia dan kami menanam modal untuk masa depannya. Maka itu bagaimanakah Pembelog-pembelog Sayap Kanan mengatakan saya telah membelakangkan Malaysia. Apakah yang mereka lakukan untuk Malaysia?.”

Tidak sesiapapun boleh menafikan jasa AirAsia membolehkan setiap orang terbang, tetapi apabila dalam jawapannya itu Tony juga menyatakan bahawa “Saya tidak mahu menjadi seperti sesetengah orang politik kanan yang terus mahu memerintah, walaupun telah meninggalkan tahta.” Maka itu adalah satu kenyataan seorang yang tidak mahu mengiktiraf sejarah pembangunan masyarakat pengguna yang besar di negara ini kerana jasa seorang negarawan besar negara.

Jika sindiran ini ditujukan kepada Tun Dr. Mahathir, maka ia adalah campurtangan Tony Fernandes dalam percaturan politik negara.