klpost

Tindakan Marina telah menjejaskan karier politik saya – Mukhriz

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Kuala Lumpur – Timbalan pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengakui bahawa hubungan kakaknya Datuk Marina dengan penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 memberi kesan kepada kepentingan politiknya.

“Seperti mana bapa (Tun) sebut hubungannya dengan gerakan BERSIH sedikit sebanyak beri kesan kepada saya sebagai ahli keluarga yang terlibat politik,” katanya, seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir yang berharap supaya Marina tidak terlalu rapat dengan BERSIH 2.0 atau gerakan anti-kerajaan kerana akan menjejaskan masa depan politiknya, seperti disiarkan laman video Mobtv pada 28 Jun lalu.

Dalam kenyataan itu, Mahathir menyatakan harapan supaya Marina sedar bahawa sokongan berkenaan “tidak elok untuk kerajaan pemerintah.” – Harakah Daily