SK

Timbalan Perdana Menteri pembelian kapal selam Scorpene “Saya tidak mahu komen tentang itu”

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR (17 Mei): “Saya tidak mahu komen tentang itu”. Jelas dan ringkas. Ini reaksi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila diminta memberi pandangan terhadap siasatan Mahkamah Perancis berhubung urusniaga pembelian kapal selam Scorpene.

Ditanya pula sama ada kerajaan Malaysia yang terkait sama dalam kes itu patut menghantar seseorang untuk mempertahankan diri, jawab Muhyiddin lagi: “Tiada komen”, ”

Jawapan seumpama ini pernah dilontarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media pada 22 April lalu.
Najib ditanya sama ada beliau akan memberi keterangan di Mahkamah Perancis memandangkan namanya dikemukakan sebagai saksi oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ke mahkamah itu.

Beliau juga diminta mengulas berhubung dakwaan bayaran kepada pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian Scorpene.
Ini pula jawapan Najib: “Saya tak mahu komen… Saya tak perlu komen, terima kasih,” katanya dipetik.
Sidang media ringkas tidak sampai 10 minit itu terpaksa ditamatkan segera.

Skandal pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion oleh kerajaan Malaysia berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan pada 2002, di mana Perimekar memperolehi komisyen berjumlah RM457 juta.

Pada 20 April lalu, Hakim Penyiasat, Roger Le Loire menerima tujuh saksi yang dinamakan Suaram iaitu Razak Baginda, Zahid Hamidi, Balasubramaniam, Jasbir Singh, Lodin Wok, Najib Razak dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. – KeadilanDaily