klpost

Tiket harga RM10 temui Rajinikanth, Kamal Hassan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Dengan membeli tiket berharga hanya RM10, orang ramai berpeluang bertemu bintang filem India, Rajinikanth dan Kamal Hassan dalam satu program khas yang menghimpunkan artis-artis terkenal dari negara berkenaan.

Program dikenali sebagai ‘Natchathira Vizha 2018’ itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 6 Januari tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyEvents International, Shahul Hameed Dawood berkata, harga tiket yang rendah antara RM10 dan RM30 itu adalah bagi memberi peluang kepada peminat di negara ini, hadir ke majlis bakal menghimpunkan lebih 300 artis terkemuka dari India Selatan itu melibatkan pelakon, penyanyi dan pengarah muzik filem Tamil, selain penglibatan artis India tempatan.

“Nachathira Vizha 2018 merupakan pesta artis yang menampilkan persembahan nyanyian, tarian serta perlawanan kriket dan bola sepak oleh artis India serta artis tempatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkakan lebih 30,000 peminat tanah air akan hadir memeriahkan acara tersebut. – Bernama