Saturday , 1 November 2014

Tiga ular sawa bergumpal di bawah jambatan

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

ALOR GAJAH: Suasana di sebuah tempat mencuci kereta di Kampung Paya Rumput, dekat sini, gempar apabila tiga ular sawa muncul dari bawah jambatan sebelum ditangkap sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah, tengah hari semalam.

Kewujudan ular sawa itu disedari pemilik tempat mencuci kenderaan, M Skumaran, 33, jam 12 tengah hari.

Menurut Skumaran, ketika leka memerhatikan gelagat lima remaja berusia belasan tahun memancing di bawah jambatan, dia terpandang bahagian hujung ekor ular sawa berlingkar.

“Mata saya bertumpu pada ekor reptilia itu yang bergerak perlahan lalu mendekatinya untuk mengesahkan ia tiga ular sawa sepanjang kira-kira 1.5 meter bergumpal di celah kayu dan batu dipercayai dalam proses bersalin kulit.

“Saya mengarahkan lima remaja yang asyik memancing itu beredar dari kawasan berkenaan sebelum menghubungi JPAM Alor Gajah,” katanya di sini, semalam. – Metro

Scroll To Top
banner