klpost

Tiga maut akibat virus kencing tikus

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

Kota Bharu: Jangkitan virus kencing tikus di negeri ini semakin membimbangkan apabila sudah mencatat tiga kes kematian.

Tiga kematian yang disahkan akibat jangkitan virus itu, membabitkan tiga daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan, berkata walaupun jumlah kes jangkitan virus tidak banyak, ia sangat berbahaya.

“Penyakit jangkitan kuman kencing tikus ini tidak merebak, tetapi kesannya boleh menyebabkan kemudaratan yang teruk sehingga membawa kepada kematian.

“Jangkitannya senang terkena jika tempat tinggal manusia mempunyai hubungan dengan habitat tikus. Contohnya kencing tikus yang mengalir ke kawasan air bertakung seperti sungai boleh menyebabkan jangkitan berlaku.

Badan perlu dibersihkan

“Ditambah pula jika air yang mengandungi kencing tikus itu tidak dibersihkan daripada badan, maka memudahkan lagi ia merebak,” katanya kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri HRPZ II, di sini, semalam.
Sementara itu, beliau berkata kes denggi di negeri ini semakin berkurangAN apabila tiada kematian dilaporkan tahun ini, berbanding tahun sebelumnya.

“Sebelum ini jumlah kes denggi di negeri ini berada pada kedudukan ke-10 daripada 14 negeri berbanding sebelum ini nombor satu. Kejayaan ini berikutan mendapat kerjasama daripada semua jabatan kesihatan.

“Kes denggi berdarah masih ada, namun ia masih dapat dikawal dengan baik yang mana jumlahnya berlaku turun naik,” katanya. – BH