klpost

” Tian Chua adalah manusia celaka yang menghina PDRM dan ATM ” kata Zulkifli Nordin

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

zulkifli-nordin“Saya nak ingatkan, Tian Chua adalah manusia celaka yang disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Malaysia dengan kesalahan jenayah menggigit anggota polis”.

Demikian lantangnya suara, Zulkifli Nordin yang begitu marah dengan tindakan kurang ajar Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menghina anggota PDRM serta ATM yang bertempur di Lahad Datu.

Beliau menambah, mungkin rakyat Malaysia sudah lupa bagaimana bencinya Tian Chua terhadap anggota keselamatan di negara sehinggakan sanggup melakukan jenayah terhadap mereka.

“Parti Anwar Ibrahim menyatakan Peristiwa Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO.

“Anggota keselamatan kita bukan sahaja ditembak mereka dibunuh, ditembak dikepala, dicungkil biji mata, disembelih hingga penggal kepala, dipotong dada mereka sehingga keluar jantung,hati dan perut adakah itu sandiwara tetapi Tian Chua mengatakan ini lakonan,” katanya.

Menurut Zulkifli lagi, sebelum ini Tian Chua juga merupakan dalang yang bersekongkol bersama-sama Suaram dalam peristiwa di Timur Timur, Indonesia.

Tian Chua pada tahun 1994 dan 1996 bersekongkol bersama Suaram mengadakan tekanan terhadap kerajaan Indonesia dalam peristiwa berkenaan.

“Tian Chua adalah manusia yang berperanan sebagai dalang dalam memberi tekanan yang dikenakan terhadap Presiden Suharto.

“Jangan kita lupa inilah dalangnya, Tian Chua dan Sivarasa bersama Suaram yang mengakibatkan Indonesia kehilangan wilayah Timur Timur yang kini menjadi Timur Leste,” katanya lagi.

Beliau menambah, dalam peristiwa berdarah di Lahad Datu, Apakah penglibatan Tian Chua dan Sivarasa dalam isu pencerobohan, serangan dan pembunuhan kejam anggota keselamatan Malaysia di Sabah.

Katanya, disebabkan dua karektor antara mereka yang yang terlibat secara langsung dalam isu pemisahan Timor Timur daripada Indonesia sekitar tahun 1990an lantas kerajaan perlu berhati-hati dengan permainan politik kotor mereka.

“Justeru itu saya mendesak Kerajaan menyiasat dengan terperinci kegiatan kedua pembangkang ini. Adakah mereka terlibat?

“Siasat juga, apakah perkaitan Anwar Ibrahim dalam peristiwa itu,” katanya ketika berucap di Perhimpunan “Anwar Dalang Lahad Datu” petang tadi.

Menerusi perhimpunan terbabit, kira-kira 3,000 umat Islam bersama-sama sepakat menolak Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat lain ekoran penghinaan serta penglibatan mereka dalam peristiwa terbabit. – Peraktoday