klpost

Tiada rombakan EXCO Johor – MB

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

MB-
Pasir Gudang
– Tiada rombakan barisan EXCO Johor dan pelantikan EXCO baharu yang akan dijalankan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, berikutan peletakan jawatan Datuk Abd Latif Bandi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sehingga kini, jawatan sembilan EXCO Johor yang sedia ada akan dikekalkan sehingga PRU akan datang.

Katanya, jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan dipertanggungjawab kepada Datuk Jais Sarday, manakala portfolio Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan dibahagikan kepada Datuk Ayub Rahmat dan Ismail Mohamad.

“Kerajaan negeri sedia maklum satu jawatankuasa sudah dibentuk untuk melihat bagi memantapkan proses soal permohonan, pengecualian dan pelepasan lot Bumiputera.

“Pada masa sama, kita tahu bahawa kesan daripada isu ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memang mengkaji dan membuat syor serta cadangan kepada kerajaan negeri tentang bagaimana sewajarnya kita mengemas kini proses dan prosedur itu,” katanya pada sidang media ketika mengulas isu peletakan jawatan Abd Latif.

Mohamed Khaled berkata, tugas Abd Latif sebagai wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau akan berjalan seperti biasa.

Katanya, siasatan SPRM terhadap kes rasuah dan hartanah di Johor tidak akan menjejaskan pembangunan dan pemilikan rakyat terhadap rumah mampu milik dan Bumiputera.

“Memang kerajaan negeri akan menyambut baik saranan dan cadangan itu kerana ia bertepatan dengan hasrat dan matlamat kerajaan negeri untuk membawa kebaikan kepada rakyat.

“Kesan daripada apa yang berlaku ini, kerajaan negeri akan terus memantau pelaksanaan projek perumahan mampu milik dan Bumiputera, selain semua cadangan dan penambahbaikan supaya kita (kerajaan negeri) dapat atasi semua kelemahan,” katanya. – BH Online