klpost

Tertekan pedal minyak

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Tertekan pedal minyak
Georgetown
– Lain jadinya apabila seorang pemandu wanita yang berniat mahu mengundurkan keretanya tetapi berakhir dengan kejadian rempuhan di tapak penjaja sementara Lorong Baru di sini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 6.30 petang Jumaat itu telah mencederakan seramai enam orang awam yang terdiri daripada peniaga dan pelanggan di tapak penjaja berkenaan.

The Star melaporkan, pemandu tersebut terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah van sebelum insiden rempuhan itu berlaku.

Kereta yang dipandunya meluncur laju sejauh beberapa meter lalu merempuh beberapa gerai dan orang awam sebelum akhirnya berhenti di sebuah kedai kopi.

 

Sementara itu, pihak polis sedang menyiasat kes tersebut dan mangsa yang terlibat sudah dihantar ke hospital berhampiran.

Terdahulu, mStar Online melaporkan, rakaman mengenai kejadian rempuhan kereta yang berlaku pada petang Jumaat mula dikongsikan di laman sosial Facebook, Penang Kini kira-kira pukul 8 malam.

Dalam rakaman video selama lebih seminit itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian hitam berlumuran darah dan terbaring di atas jalan raya sambil cuba dibantu oleh orang awam. – mStar