klpost

Terkini – Janji Bersih – Lima puluh lima tahun merdeka, tapi rakyat masih sengsara

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Penganjur juga turut mengedarkan chorus lirik “Janji Dicapati” kepada peserta-peserta sempena sambutan Kemerdekaan ke-55 kali ini.

“Lima puluh lima tahun merdeka, tapi rakyat masih sengsara, barang naik cukai segala, rakyat di gula-gula, kita kibar Jalutr Gemilang tapi kita kena temberang, Kemerdekaan tiada erti hanyalah ‘Janji Dicapati’ …”

Perhimpunan gabungan 47 badan bukan kerajaan (NGO) ini kemudiannya bermula tepat jam 11.30 malam di kawasan bangunan DBKL tersebut apabila Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, membaca puisinya bertajuk “Janji Demokrasi” sempena sambutan Kemerdekaan pada tahun ini.

Sasterawan negara itu juga dilihat menangis selepas membaca puisi tersebut.

Sejurus selesai membacakan puisi berkenaan, peserta yang majoritinya berbaju T kuning turut melaungkan janji demokrasi.

Sementara menanti detik 12 malam sambutan ambang Kemerderkaan, peserta turut melaungkan “Merdeka”, “Bersih” dan juga turut menyanyikan lagu “Tanggal 31”.
Keadaan di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dengan pihak polis turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan.

Terdapat juga segelintir peserta yang dilihat membakar mercun dan bunga api sebaik sahaja tepat jam 12 malam.

Perhimpunan tersebut juga tamat sejurus pemimpin-pemimpin mereka melaungkan “Merdeka”, dan mereka kemudiannya meninggalkan lokasi perhimpunan berkenaan.

Keadaan di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagaimanapun masih lagi dalam keadaan terkawal dengan pihak polis dan penguasa DBKL turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih seperti pembersihan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, kempen pilihan raya sekurang-kurangnya 21 hari, akses media yang adil kepada semua, pihak kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

-TMI