klpost

Terbongkar Datuk Seri Lajim Ukin adalah ejen UMNO

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Penulis bertemu seorang ahli perniagaan dari Sabah yang rapat dengan Ahli Parlimen Beaufort merangkap bekas Timbalan Menteri, Datuk Seri Lajim Ukin.

Kalau boleh penulis sebutkan disini, beliau adalah ‘financer’ Lajim Ukin dan turut terlibat dalam perbincangannya untuk keluar UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat.

Kebetulan pula, isu Lajim Ukin ini sekarang sedang hangat diperkatakan para penyokong Pakatan Rakyat sendiri. Maklumlah, sejak berhijrah beberapa bulan lepas, ‘sumbangan’ Lajim Ukin kepada Pakatan Rakyat masih tidak nampak walaupun banyak yang telah dibelanjakan untuk membawanya masuk.

Tak seperti golongan artis veteran, bekas pegawai tinggi kerajaan yang tidak menunggu lama untuk menjelajah satu Malaysia, berceramah di atas pentas PAS walaupun ada di antara mereka belum pun menyertai parti tersebut secara rasmi!!

Sedangkan Lajim Ukin sehingga kini masih gagal menunaikan janji untuk membawa beberapa pemimpin dan bekas pemimpin UMNO menyertainya. Begitu juga dengan UMNO Beaufort yang pernah dipimpinnya, bukan setakat masih wujud malah orang-orang kuat bahagian tersebut yang dicanang akan menyertainya, masih disitu.

Jadi ini peluang bagus untuk penulis mendapatkan maklumat, apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada Lajim Ukin?

Ahli perniagaan ini memberitahu penulis bahawa Lajim Ukin sebenarnya masih lagi berhubung dengan Perdana Menteri Najib di dalam diam. Lajim dikatakan membawa peranan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim pada 2009 yang berpura-pura menyertai PKR untuk menutup cubaan membeli 3 ADUN Perak yang melompat parti dan menjadi penyebab kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Yang berbeza ialah Lajim memainkan peranan sebagai pihak yang membocorkan nama-nama pemimpin dan bekas pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang mahu melompat parti kepada Najib sehingga Najib menghantar orang-orangnya untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku.

Antara yang terlibat ialah Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghaffur Salleh, Tan Sri Kasitah Gadam dan beberapa orang lain.

Pendek kata Lajim sanggup menjadi ‘pengkhianat’ untuk mengkhianati yang lain.

Selepas mendengar semua ini, penulis pelik kenapa kepimpinan Pakatan Rakyat boleh terpedaya dengan orang ini begitu mudah sekali. Selain dari rasional yang penulis sebutkan di atas, tidak hairanlah sekarang kenapa DAP tidak yakin, malah terus bercakap tentang memperkenalkan undang-undang anti lompat sebaik Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing meninggalkan BN untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Mungkin DAP sudah dapat menghidu apa yang tersirat di sebalik tindakan Lajim Ukin tempoh hari dan mengambil tindakan untuk tidak menyokong.

Penulis harap kepimpinan Pakatan Rakyat dapat meneliti perkara ini dengan baik dan mengambil langkah yang perlu dengan segera.

Kami para penyokong Pakatan Rakyat (terutama dari Sabah) masih menunggu hasil dari kemasukan Lajim Ukin dan kalau masih tidak ada dalam jangka masa terdekat, sahlah apa yang diperkatakan oleh ahli perniagaan itu tadi dan sewajibnyalah dia dilempar keluar semula. – Suara Pakatan Rakyat