SK

Tengku Razaleigh bertanding jawatan presiden UMNO

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

tengku razelighPETALING JAYA – Orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah iaitu Mohamad Saupi Deraman tidak dapat mengesahkan laporan ahli parlimen Gua Musang itu bertemu dengan ahli parlimen Barisan Nasional dari Sabah.
Ketika dihubungi hari ini, Mohamad Saupi berkata, beliau belum mendapat berita itu, tetapi ada kemungkinan pertemuan itu berlaku.

“Dia (Tengku Razaleigh) macam-macam hal boleh jadi, kerana dia nak jadi Perdana Menteri,” tambah Mohamad Saupi.

Mohamad Saupi merupakan bekas Timbalan ketua Umno Gua Musang dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas. Tengku Razaleigh pula adalah Ketua Umno Gua Musang sejak puluhan tahun lalu.
Semalam blog dan portal melaporkan ahli parlimen BN di Sabah yang tidak terpilih menganggotai kabinet menemui Tengku Razaleigh bagi melahirkan kekcewaan dengan Putrajaya.

Bagaimanapun, dakwaan itu tidak dapat disahkan.

Kami sedang berusaha pemimpin Umno Sabah bagi mendapat maklumat sebenar.

`Ahli parlimen tidak puas hati’

Bekas Ketua Umno Tenom, Datuk Rizalman Abdullah berkata, kemungkinan ahli parlimen bertemu Ku Li ada asasnya.

“Khabar angin mengatakan mereka tidak puas hati…orang muda diberi jawatan, orang lama tidak ada jawatan.

“Mungkin mereka kecewa tetapi belum sampai ke tahap melompat parti. Cakap-cakap di kedai kopi ada ahli-ahli parlimen yang tidak puas hati,” katanya lagi.

“Tetapi kalau saya, jika Ku Li ada peluang jadi PM (Perdana Menteri), saya dijanjikan jawatan, saya akan pergi.

“Tengku Razaleigh layak menjadi Perdana Menteri kerana beliau berpengalaman, ada rekod…cuma dia tak ada peluang,” tambah Rizalman lagi.
Umno akan mengadakan pemilihan jawatan-jawatan penting pada akhir tahun ini dan menjadi tumpuan sama ada Tengku Razaleigh bertanding jawatan presiden atau tidak.

Pada pemilihan lepas, Tengku Razaleigh tidak layak bertanding jawatan tersebut mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak cukup kuota.
Bagaimanapun, Umno telah menghapuskan kuota dalam pemilihan tahun ini. – FMT