klpost

Teman wanita diugut melakukan seks untuk mendapatkan balik kata laluan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

MANILA – Polis Filipina semalam menangkap seorang lelaki yang didakwa menggodam akaun e-mel dan Facebook bekas teman wanitanya dengan tujuan untuk mengugut mangsa supaya melakukan hubungan seks dengannya.

Polis dalam satu kenyataan memberitahu, Joewell Santos Chan, 28, telah menukar kata laluan mangsa dan meminta habuan seks sebagai pertukaran untuk kata laluan baharu tersebut.

Lelaki itu ditangkap pada minggu lalu dalam satu operasi polis selepas mangsa membuat aduan.

Mangsa berpisah dengan Chan pada tahun lalu.

“Suspek meminta seks sebagai pertukaran untuk kata laluan mangsa. Ketika itu, mangsa membuat aduan polis kerana bimbang dia akan terus ditipu oleh suspek,” kata kenyataan pihak berkuasa.

Polis yang tidak mendedahkan usia mangsa, menyatakan mereka menemui beberapa mesej ugutan yang dihantar ke telefon bimbitnya.

Beberapa gambar mangsa dalam keadaan memalukan yang dirakamkan ketika dia tidak sedarkan diri turut ditemui.

Ekoran penangkapannya, Chan didakwa kerana menggodam dan melakukan penderaan terhadap wanita.

Menurut polis, dia boleh dipenjara selama enam tahun jika didapati bersalah berhubung tuduhan tersebut. – AFP/Kosmo