klpost

Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) – RM520 bagi penggantian empat tayar

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi di negara ini melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA).

Najib berkata di bawah program TR1MA ini, setiap pemandu pertama teksi akan menerima baucar subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun.

“Subsidi sejumlah RM34.84 juta yang disalurkan oleh 1Malaysia Development Bhd ini akan memanfaatkan seramai 67,000 pemandu teksi di seluruh negara,” katanya semasa melancarkan TR1Ma di hadapan 25,000 pemandu teksi di Stadium Bukit Jalil di sini.

Beliau berkata jenis teksi yang layak menerima subsidi ini ialah teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang.

Selain itu, Najib juga mengumumkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menyediakan dana lebih daripada RM1 juta untuk menyediakan Skim Insurans Perlindungan Kemalangan Diri kepada 100,000 pemandu teksi di seluruh negara.

Beliau berkata, ini adalah inisiatif jangka pendek kerajaan untuk meringankan beban golongan pemandu teksi di negara ini. – BERNAMA