klpost

Taylor Swift mahu cuba berlakon

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

Selepas mencipta kejayaan dalam bidang nyanyian, Taylor Swift akan mencuba nasib dalam bidang lakonan pula. Terbaru, Swift akan muncul dalam sebuah yang berjudul ‘Girls Like Us’.

Dalam filem biografi ini, Swift akan memegang watak Joni Mitchell iaitu seorang penyanyi ‘folk’ terkenal yang mengharungi dunia seni bersama dua sahabatnya, Carly Simon dan Carole King.

Sehingga kini belum ada sebarang perkembangan lanjut bilakah filem ini akan memulakan penggambaran. Namun, bagi peminat setia penyanyi yang sedang hangat dengan lagu ‘We’re Never Ever Getting Back Together’, penampilan sulung Swift di layar perak tentunya amat dinanti-nantikan. – MH