klpost

Tanah runtuh, 6 kereta rosak tertimbus

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


George Town
–  Sekurang-kurangnya enam buah kenderaan pelbagai jenis musnah akibat kejadian tanah runtuh di Apartment Kayangan Puri Mutiara Medan Fettes, Tanjung Bungah kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Menurut Penolong Kanan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Azman Hussin, lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal telah dikejarkan ke kawasan kejadian.

“Bomba tiba di lokasi pada pukul 7.30 pagi dan mendapati sebahagian besar tanah yang ada di tebing kawasan apartment berkenaan telah runtuh dan menimbus enam buah kenderaan pelbagai jenis dalam petak parkir.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kerja-kerja mengeluarkan kenderaan yang tertimbus telah dilakukan dengan bantuan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Kosmo