klpost

Tan Sri Muhyiddin: “Negara kita telah diisytiharkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara”

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PORT DICKSON  –  Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang diperkenalkan sejak 2010 ternyata memberi impak positif apabila berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu KOSMO, bahawa, kerajaan amat berpuas hati dengan hasil program berkenaan yang melibatkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sejak program kerjasama itu bermula pada tahun 2010 kita dapati indeks jenayah jalanan turun sebanyak 39.79 peratus dan indeks jenayah turun sebanyak 11.1 peratus.

“Malah negara kita juga telah diisytiharkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dan ketiga paling selamat di Asia Pasifik di belakang New Zealand dan Jepun seperti yang dilaporkan dalam Indeks Keamanan Global 2012,” katanya.