klpost

Tamak keluarga Mahathir bolot segala rezeki rakyat Malaysia – Anwar

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LIPIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak takut untuk menyekat kesalahan yang dibuat oleh bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed demi kepentingan negara.

Lebih-lebih lagi apabila Mahathir terlibat memberikan kontrak membekalkan minyak kepada MAS kepada syarikat yang dikuasai anaknya, Petron Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permintaan itu kepada Najib ketika memberikan ceramahnya dekat sini baru-baru ini.

Menurut Anwar, pertembungan beliau dengan Mahathir berlaku sejak dalam Umno lagi apabila Mahathir mengarahkan  beliau selaku Menteri Kewangan membantu anaknya, Mirzan yang sedang kesempitan dalam perniagaannya ketika itu.

“Apabila saya menolaknya, dia gunakan RM2,000 juta wang Petronas untuk membantu syarikat perkapalan Mirzan iaitu MISC,” kata Anwar.

Menurut Anwar, 10 tahun kemudian, sekali lagi terbukti sikap Mahathir apabila beliau membela tindakan anaknya Mirzan yang membeli penguasaan dalam syarikat pembuat arak dari Filipina, San Maguel dengan harga RM2,900 juta secara tunai.

“Bila kita buat semua tak boleh. tunjuk perasaan haram, tetapi dia semua boleh, beli syarikat arak pun boleh,” tempelak Anwar.

Yang terbaru, kata Anwar, San Maguel telah membeli syarikat Esso Mobil Malaysia dan dinamakan Petron.

Lalu, semua kapal terbang MAS telah dipaksa untuk membeli minyaknya dari Petron ini dan tidak boleh membeli minyak dari Petronas.

“Ini pun Najib takut nak bantah. Kat Mahathir takut, Obama takut, Syed Mokhtar takut…balik rumah pun takut…Apa nak jadi dengan Perdana Menteri kita ni,” kata Anwar diikuti sorakan dari ribuan hadirin yang hadir malam itu.

Anwar mengajak semua rakyat negara ini agar bersama-sama membina negara ini dengan ilmu.

“Setiap sesuatu kita perlu mulakan dengan ilmu…Min huna naklam…permulaan tindakan kita dengan ilmu,” kata beliau bagi memastikan semuanya dibuat dengan betul bukan kerana takut atau emosi.

Anwar memberikan contoh apa yang berlaku di Kelantan sekarang.

“Memang Kelantan secara relatifnya agak miskin tetapi Kelantan berkat,” kata beliau. – Harakah