klpost

Taikun Formula 1, kahwin wanita 46 tahun lebih muda

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

LONDON: Taikun Formula 1, Bernie Ecclestone berkahwin secara rahsia buat kali ketiga dengan seorang wanita yang lebih muda 46 tahun daripadanya.

Bilionair berusia 81 tahun itu berkahwin dengan Pengarah Pemasaran rakyat Brazil, Fabiana Flosi, 35, di LeLion, chalet bernilai 23 juta pound (RM113 juta) di pusat peranginan eksklusif Gstaad di Switzerland.

Pasangan itu yang mengumumkan pertunangan mereka April lalu dengan Fabiana dilihat memakai cincin berharga 100,000 pound (RM491,657), saling bertukar ikrar perkahwinan dua minggu lalu dalam majlis persendirian yang tidak dihadiri anak perempuan Ecclestone.

Mereka mula berpacaran pada 2009 selepas perkahwinan Ecclestone selama 23 tahun dengan Slavica berakhir. Anak perempuannya, Tamara berkata, dia tidak merancang menghadiri perkahwinan bapanya kerana setia pada ibunya, bekas model Armani itu. – Agensi