klpost

74 ditahan sertai pesta liar

74 ditahan sertai pesta liar

Johor Baharu – Seramai 74 orang, termasuk remaja ditahan kerana menyertai pesta liar yang mengenakan bayaran masuk RM20 dan RM30, di sebuah banglo di pusat peranginan, di Kempas, dekat sini, malam tadi. Dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam, polis turut merampas lapan pil ecstasy, 12 pil Eramin 5 dan satu paket serbuk dadah dipercayai […]

 klpost

Peserta pesta dadah dihadapkan ke mahkamah

Peserta pesta dadah dihadapkan ke mahkamah

Seramai 25 individu dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini, kerana memiliki dadah Ahad lalu. Lapan daripada mereka adalah remaja bawah umur.  Bagaimanapun, hanya seorang tertuduh, Tan Ming Lhek, 20, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Diane Nigrat Nor Azahar, sementara 24 tertuduh lain termasuk lapan remaja berusia antara 15 hingga […]

 klpost

Pesta arak: DAP tak hormat sensitiviti umat Islam

Pesta arak: DAP tak hormat sensitiviti umat Islam

Kota Baharu – DAP jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terus menyokong pesta arak yang dijadual diadakan di ibu negara bulan depan, kata Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. Che Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan berkata, penganjuran pesta membabitkan pengambilan […]

 klpost

Polis pantau pesta Full Moon di Pulau Perhentian

Polis pantau pesta Full Moon di Pulau Perhentian

Besut – Pihak polis akan bekerjasama dengan beberapa agensi terlibat bagi memantau penganjuran pesta “Full Moon Beach Party” yang dijadualkan berlangsung di Pulau Perhentian, hari ini dan esok. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata sehingga kini sebanyak lima laporan berhubung penganjuran pesta itu telah dibuat oleh beberapa pihak termasuk Pemuda dan Puteri […]

 klpost

Peserta pesta bogel di Taman Negara Pulau Pinang dapat kebenaran

Peserta pesta bogel di Taman Negara Pulau Pinang dapat kebenaran

Balik Pulau – Mahkamah Majistret di sini diberitahu Rabu bahawa petugas Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang memberi kebenaran kepada sekumpulan pelawat yang meminta untuk tidak berpakaian ketika mengadakan aktiviti di pantai Teluk Kampi di taman itu. Pekerja Rendah Awam Sharudin Isa, 41, berkata dia membenarkan mereka berbuat demikian dengan syarat perlu mengenakan semula […]

 klpost

Ritual pelik

Ritual pelik

Jakarta – Etnik Toraja di sini mengamalkan ritual pelik apabila mereka akan menggali semula kubur ahli keluarga dan saudara-mara bagi membersihkan rangka mayat. Ritual berkenaan dikenali sebagai Ma’nene atau Pembersihan Mayat yang diraikan setiap tiga tahun oleh etnik yang tinggal di kawasan pergunungan di Tana Toraja, Pulau Sulawesi itu. Lazimnya, penduduk di pulau berkenaan akan […]

 Administrator

Pesta larian lembu bertukar ngeri

Pesta larian lembu bertukar ngeri

Madrid – Dua lelaki berusia 40 dan 80 telah meninggal dunia selepas ditikam lembu semasa perayaan lembu-larian di Sepanyol minggu ini, kata pegawai semalam. Pemain berusia 80 tahun meninggal dunia akibat kecederaan dalam perut setelah ditanduk lembu di bandar Ampolla de Mar di Catalonia, timur laut Sepanyol. Datuk Bandar bandar Francesc Arasa berkata mangsa adalah […]

 klpost

Pesta dadah, seks diserbu

Pesta dadah, seks diserbu

Klang -Polis menahan 19 lelaki dan 10 wanita kerana terbabit dalam pesta dadah dan seks di bilik hotel di Jalan Batu Tiga Lama, Klang, awal pagi tadi. Serbuan kira-kira 3 pagi itu, dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara selepas menerima maklumat […]

 klpost

Cikgu, murid anjur pesta makan katak?

Cikgu, murid anjur pesta makan katak?

BELUM lagi sejuk kisah program I Want To Touch A Dog yang diadakan pada 19 Oktober lepas yang mencetuskan ketegangan di media perdana dan media sosial, dunia internet digemparkan lagi oleh gambar-gambar guru dari sebuah sekolah yang memegang katak. Katak yang dipegang dilihat seperti sudah disiang dan siap untuk dipanggang.Menurut pihak tidak bertanggungjawab, gambar itu disebarkan […]

 klpost

Terbaring telanjang ketika diserbu

Terbaring telanjang ketika diserbu

Kuala Lumpur – Polis menahan 78 remaja lelaki dan 18 perempuan di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Sentul jam 5 pagi tadi disyaki melakukan pesta bogel dan dadah. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisionser R Munusamy berkata, seramai 46 daripada jumlah itu dilaporkan positif dadah dan 10 individu berkenaan adalah pelajar sekolah menengah dan kolej. […]