klpost

Syarikat penerbangan kutip dana,hargai jasa pasukan keselamatan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

terbang12Subang – Penerbangan Malaysia (MAS) dan anak syarikatnya, Firefly dan Maswings berhasrat mengutip dana untuk Tabung Wira Lahad Datu-Media Prima bagi menghargai jasa anggota keselamatan yang cedera dan terbunuh ketika mempertahankan kedaulatan negara.

Untuk tujuan itu, sebanyak RM1 daripada setiap pembelian tiket penerbangan selama empat minggu bermula hari ini akan disalurkan ke tabung berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, sumbangan itu sebagai menghargai pengorbanan anggota keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah.

“Sebagai syarikat berkaitan kerajaan, menjadi tanggungjawab kami untuk menyokong usaha menyelesaikan pencerobohan bersenjata dan menyumbang kepada mereka yang berkorban demi negara.

 

“Dedikasi pasukan keselamatan kita dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia dan mengembalikan semula keamanan di Sabah sangat penting dan perlu melahirkan penghargaan tertinggi kepada mereka,” katanya.
Untuk menyokong inisiatif itu, MAS menjemput orang ramai menempah perjalanan udara domestik dan pakej pada tawaran yang menarik pada pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC ) Kuala Lumpur atau melalui www.malaysiaairlines.com, www.fireflyz.com dan www.maswings.com. – myMetro