klpost

Suspek bertindak agresif dan menyerang anggota polis

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

SHAH ALAM – Seorang penjenayah yang dikehendaki polis berhubung kes melarikan individu dalam jagaan sah, merogol dan mencabul kehormatan, cedera selepas ditembak dalam satu kejadian di Taman Saujana Indah, Jenjarom di Banting, Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd. Adnan Abdullah berkata, suspek yang menaiki motosikal berada dalam keadaan mencurigakan serta cuba melarikan diri sebaik terserempak dengan polis yang membuat rondaan.

“Suspek berusia 34 tahun, memecut motosikalnya namun panik selepas mendapati laluan yang ditujunya ialah jalan mati.

“Sebaik anggota polis mendekati, suspek bertindak agresif dan menyerang anggota polis menyebabkan tembakan dilepaskan dan mengenai paha kanannya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – BERNAMA

(Gambar hanya hiasan)